Friday, October 23, 2009

bajet 2010 dan saya.

maaf ye, aku terasa nk mereview bajet tahun ni...so ulasan ini adalah bersifat individu dan tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada hidup atau mati...dlu cecita nk jd journalist tp xkesampaian so marilah kita ikuti ulasan dari cik eA ;p sesiapa yg terasa boring nk baca review yg pnjg lebar ni sile clik X di bahagian ats, sekian.

thn2 sblm ni aku xde la hiraukn sgt pasal bajet2 ni, tp sejak dh masuk gomen ni kne la tau serba sket...yela xde bengap sgt kalo org tny kannn?

so kaitan bajet 2010 dgn aku adalah:-

1. bajet terakhir utk tempoh RMK-9, so is sbg asas pembentukan ekonomi baru dan pembuka tirai kpd RMK-10 ---> bnyk gak projek RMK-9 yg xsiap lg even projek Hospital Lawas Sarawak yg aku handle xstart lg pn...tu dr zaman RMK-7 lg,duh!

2. Pakej ransangan ekonomi berjumlah 67 bilion- 48 ribu projek dh siap, lg 40 ribu sedang dilaksanakan --->bnyk gile projek ransangan ekonomi

3. RM9 bilion utk projek infrastruktur ---> pendekatan pembangunan projek infrastruktur bagus utk digunakan sbg alasan/ taktik time pilihan raya, biasaklah mcm biasa ;p

4. Menggalakkan pembinaan bangunaan hijau (green building index-GBI) ---> arkitek2 sekalian sile inovate dan adapt GBI on every design, ayakkk!~ must be more more more creative n explorasive ;p

5. Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband ---> gaji ciput je, xde kesan pn kat aku kalo dpt pelepasan cukai ;(

6. Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini ---> alooo!aku xtetap lg so xley apply =(

7. Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa ---> sengal pny PTPTN!~ yg fes klas cite lain ar, ni cite peminjam yg kne kos perkhidmatan yg xmasuk dek akal apa cer weyhhh!~ dear mr prime minister, i hope u can consider more to the RIDICULOUS monthly surcharge or what they called "kos perkhidmatan" ~!@#$%^&*()_+

8. Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB ---> alaaa...utk pelajar je ke? gov servant xde ke ;p

9. Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar ---> bestnyer bdk2 skrg, sgt dipampered...kalo xblajar pepandai gak xtau la

10. LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren ---> yeayyy!!!~nnt aku akn jd salah seorg pelanggan tetap LRT line (KJ- Tmn Melati) nih...hopfuli xde la kne tgu lama kn nnt =)))

11.
Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta ---> ini tidak adil weyhhh!~ aku dh la guna CC free for lipe, nk kne charge lak, abes kalo aku xguna pn kne caj gak ke???sometime people use credit card on purpose, for example if the're in emergency etc, not just for fun ok? dol btol!

12.
Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta ---> dlu time keje Pelangi aku pilih 8% sbb kenkonon nk dpt gaji bnyk...tp kalo nk tukar pn xguna gak sbb skrg aku keje, majikan xpotong epf, shiakkk jerrr!

13.
Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun ---> bilelah aku nk dpt gajis RM9 riban nih ;p

14.
Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian ---> siap la ofis nnt riuh rendah dgn bdk2 main kejar2 kt celah2 cubicle, hehe...tp xpe aku sokong cadangan nih! good2~

15.
Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009 ---> arghhh!!!~tekanan perasaan!!!bile mau dpt tetap nih??? xpe2, ganbate2! u can do it, u go gurl (ayat gediks gile ;p )

16.
RM14.8 bilion
diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik ---> unit rekabentuk fasiliti kesihatan dgn cwgn kerja kesihatan etc sila bersiap sedia (aku termasuk jugak la)

17. Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara ---> oit pekerja asing mana aci dpt sama weyhhh!~ ni yg rasa nk mtk keje kt Iskandar Johor ;p

18. Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010 ---> aku rasa dgn gaji aku yg sekangkang kera tu mcm xperlu byr cukai pendapatan tp nape tetiap bln gaji kne potong RM35 sbb tulak cukai pndptn arrr???sapa2 ley tlg jawab, espesely org LHDN

19. Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan ---> bestnye kalo ada bisnes nih ;p almost there...

20. Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang ---> bestnye kalo jd petani, dpt bnyk insentif...xpe la aku jd petani di alam virtual jadi la...farmville sudeyh, haha

21. Pembinaan Klinik 1Malaysia iaitu klinik kesihatan komuniti di kawasan bandar yang berfungsi seperti klinik desa di luar bandar, ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema.

“Klinik ini akan dikendalikan pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sebagai permulaan 50 klinik akan dibuka di kawasan terpilih dengan peruntukan RM10 juta,” kata Perdana Menteri

---> banyak klinik kesihatan = bertambahlah la kerja yek?

sekian.

saya yang menurut perintah...

perintah ibu bapa dan suami ;p

No comments:

Post a Comment