Friday, February 12, 2010

surat cinta untuk encik MAMAT ASN (bukan amanah saham nasional)

kepada encik MAMAT ASN,

assalamualaikum, apa khabar?sihat? harap sihat hendaknya bersama keluarga tercinta dan anak buah yang comel =)))

tujuan saya menulis adalah untuk menyatakan ucapan penghargaan terima kasih yang tak terhingga kerana telah membantu saya selama ini. dan yang paling utama ucapan untuk minggu ini adalah kerna saya sangat stress dan tertekan dengan bebanan di tempat kerja. dengan adanya awak dapat la membantu mengurangkan berat yg saya tanggung, bukan sahaja berat kerana kerja tetapi juga berat badan yg semakin bertambah. tetapi apakan daya berat badan saya tidak dapat dikurangkan walaupun saya telah mencuba sedaya upaya yang termampu. bagaimanapun saya akan berusaha untuk menurunkan berat badan sehingga mendapat potongan seperti rozita che wan.fuhhh2!

ok saya juga ingin me'recap' kembali peristiwa 5 tahun yang lalu yang mana sewaktu berkenal-kenaLAN dengan awak. tiba2 saya teringat roti+planta+gula yg saya selalu buat sewaktu belajar dahulu. iye, roti+planta+gula adlh feveret saya dan saya telah aplikasikan kesukaan saya kepada kawan2 dgn mengoffer secara percuma termasuklah awak. oh sweetnye masa itew! *cewahh* adakah anda masih igt lg encik Mamat ASN? kalo x igt nnt sy buatkn balik roti+planta+gula itu balik tp yg menjadi masalah sekarang adalah harga gula sudah meningkat jadi saya akan gantikan gula dengan senyuman saya yang manis. xde kne mengena, hehehe...

sebenarnya saya ingin menulis panjang lagi kata2 di dalam surat ini tetapi apakan daya, masa sangat mencemburui kita. diharap jika ada kelapangan kita dapat berjumpa lagi, saya doakan kita berjumpa di kaunter asn/asb walaupun awak bukan bekerja disana. ini kerana saya sangat berharap supaya awak dapat menabung di asb dan bukan di asn/asw2020/asd dsb. untuk makluman anda,pulangan utk asb adalah lebih berbanding dengan amanah saham yang lain oleh yang demikian bolehlah anda melamar pasangan anda yang setia menanti anda walau apa jua rintangan yang melanda. bak kata Linda, lautan api sanggup kurenangi...wowowo!

ok encik MAMAT ASN, selamat maju jaya dan selamat gong xi fa chai!

::xoxo::
::eA::

No comments:

Post a Comment