Monday, January 25, 2010

Dari Allah kita datang dan dari Allah jugalah kita pulang...

::serious mode::


Saya ingin merafak takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin.


Al-fatihah utk almarhum baginda.



macam title, Dari Allah kita datang dan dari Allah jugalah kita pulang...


hidup ni sementara saja, suma yg ada kt dunia ni dipinjamkan sementara sahaja. harta, pangkat, kesihatan, wang ringgit, keluarga, kawan2, kerja dan sebagainya...so sementara ada sisa waktu yg diberi ni rasanya baiklah kita banyakn muhasabah diri...bnyk sgt isu semasa yg sometime pada aku xperlu diperbesar-besarkan especially isu kalimah Allah...i dont wanna blame, tp media ni kadang2 over plak dlm reporting. napa tak kita duduk bersama2 dgn kalangan ahli agama kristian etc utk bincangkan hal ni. jgn plak jd perdebatan sbb pasa aku perbincangan (musyawarah) antara ahli agama ni penting sbb dlu masa zaman Rasulullah s.a.w pn baginda ada je ber"dialog" dgn paderi (kalo xsilap info, kalo silap sori)...so better kita biarkan ahli2 agama yg penuh ilmu di dada ni yang membincangkan hal2 camni...as a journalist of cos tugas mereka melaporkan tapi pada aku berpada2 la, jgn smp menaikkan sentimen perkauman...kadang2 bila pk blk, zaman aku kecik2 time skolah dlu sentimen antara kaum ni xde la ketara sgt, sekarang ni dh macam keterlaluan plak (ayat agak poyo tp tu fakta). and aku rasa ibu bapa pn memainkan peranan juga dalam 'menyelitkan' sentimen perkauman pada anak2, bukan semua tetapi ada segelintir begitu...takot bila tgk generasi2 muda sekarang...org cakap generasi muda mencerminkan pemimpin masa akan datang...uhhh!serammm nyah! ;p


ekceli last week aku br terasa nk baca blog yg ada tulis pasal isu kalimah Allah ni, so agak terlambat tp better late then never kan? lgpn aku pelik la sebab dlu masa kecik2 nyanyi lagu negeri Johor yang ada perkataan Allah tu semua bangsa nyanyi, xde hal je! ni yang membuatkan isu ni panas sbb one of book publisher la...sume org tau la apa nama dia kan...


lagi satu,what a co-incident. 2 hari sebelum Sultan Johor mangkat aku saja2 je gugel cari senikata lagu johor cos nak tgk la kaitan isu ni n lgpn aku dh lama gile xnyanyi lagu negeri johor so this is the lyrics...


Allah peliharakan Sultan

Anugerahkan dia

segala kehormatan

sihat dan ria

kekal dan makmur

luaskan kuasa

menaungkan kami

rakyat dipimpini

berzaman lagi

dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan


sedey ohkay lirik dia bila relate dgn kemangkatan sultan. tp xpe better baginda pergi sbb Allah lebih sayang padanya kan.


back to isu kalimah Allah, aku rasa banyak je negeri lain pny lagu negeri ada perkataan Allah so pada aku, as non-muslim aku rasa mereka tahu la yang perkataan Allah adalah untuk Tuhan umat Islam. jgn kaitkan apa yg berlaku kat indonesia dgn malaysia.


last but not least, sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan, aku menyeru semua kaum supaya jauhkan perasaan hasad dan iri hati ke atas kaum lain sbb kita hidup dalam masyarakat majmuk ni kne la bertolak ansur, toleransi, bantu-membantu dan bekerjasama.apa yang berlaku jadikan sebagai iktibar supaya generasi akan datang akan hidup makmur, aman dan damai pada masa akan datang..


cewah! ;p oppss! =)


p/s: cuci mata seyh tgk kerabat2 johor, rugi aku xbalik jb, muahahahah...encik A cite la pengalaman makan dgn TMJ dlu masa keje kt Arcadia, no wonder la anak2 TMJ badan besar sbb makanan dia best gile! hotel 5star pn kalah beb!~

No comments:

Post a Comment